Kangar: Seorang murid tahun empat lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Titi Serong, di sini, ketika cuba mengambil kasutnya yang terjatuh menyebabkan dia dihanyutkan arus deras berikutan hujan lebat, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, dalam kejadian 4 petang itu, Hafiy Rusyaidi Rusul, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang sempat diselamatkan dua rakannya yang berada di tempat kejadian namun disahkan meninggal dunia pasukan perubatan yang tiba untuk memberi rawatan awal.
Zaini yang ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Fauziah (HTF) di sini, berkata polis polis tidak mengesyaki elemen jenayah dalam kes itu.
Sementara itu, ibu mangsa, Salmah Othman, 42, berkata dia sempat berbual dengan anak keduanya itu awal pagi tadi, sebelum anaknya keluar ke pasar sehari berdekatan rumah untuk membeli makanan.
“Dia pulang dan makan bersama adiknya sebelum keluar bersama rakan-rakannya kira-kira 10.30 pagi.
"Saya mendapat berita petang tadi mengatakan anak saya jatuh ke dalam sungai lalu bergegas dari rumah di Kampung Tanjung Buluh ke lokasi kejadian," katanya.
Salmah berkata, anaknya seorang yang ceria dan baru menerima anugerah kecemerlangan sekolah beberapa hari lalu kerana mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kangar: Seorang murid tahun empat lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Titi Serong, di sini, ketika cuba mengambil kasutnya yang terjatuh menyebabkan dia dihanyutkan arus deras berikutan hujan lebat, hari ini.



