Nilai: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat diijab kabul dengan Zafirah Md Nasir selepas tiga kali lafaz, malam ini.
Dalam majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Desa Casuarina, di sini, pemegang rekod dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) itu menyerahkan mas kahwin RM3,000, seutas gelang emas dan wang hantaran RM11,000 kepada Zafirah.
Pasangan berusia 26 tahun itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Md Nasir Abd Wahab.
Majlis yang berlangsung sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan rapat.
Pasangan ini mula berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta sebelum bertunang pada 15 November tahun lalu.
Difahamkan, majlis persandingan akan diadakan di Putrajaya esok, manakala majlis di sebelah pihak Muhammad Ziyad pula akan diadakan pada 20 November ini di Kuala Lumpur.

Nilai: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat diijab kabul dengan Zafirah Md Nasir selepas tiga kali lafaz, malam ini.



