Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mujur ada bomba

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Sepang: Tindakan seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menggantung diri pada sebatang pokok kelapa sawit berhampiran Charter Field, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, berjaya digagalkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun berjaya dipujuk sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA sebelum berjaya ditenangkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata, pihaknya mengambil masa selama satu jam untuk memujuk mangsa sebelum menyerahkan mangsa kepada anggota polis bagi tindakan seterusnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan panggilan pada jam 1.21 pagi sebelum sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik sahaja anggota bomba sampai ditempat kejadian, didapati seorang lelaki tanpa berpakaian cuba membunuh diri dengan menggantung diri pada sebatang pokok kelapa sawit menggunakan tali.

"Bagaimanapun, kita memujuk mangsa dengan melengah-lengahkannya dari membunuh diri selain memberi tuala dan minuman kepada mangsa yang hampir satu jam kesejukan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, difahamkan mangsa mempunyai masalah mental namun berjaya dipujuk dan tiada kecederaan berlaku sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

Image: 

Sepang: Tindakan seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menggantung diri pada sebatang pokok kelapa sawit berhampiran Charter Field, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, berjaya digagalkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat awal pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853