Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tayar jenama Westlake dilancarkan

$
0
0
Mutakhir

lizamridzuan@hmetro.com.my

 

Subang Jaya: Tayar jenama Westlake untuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial dan pertanian dilancarkan di sini, hari ini.

Pengimport dan pengedar tunggalnya di Malaysia Westlake Marketing Sdn Bhd menyediakan tayar kualiti premium pada harga berpatutan dengan disokong pembuat tayar global ZhongCe Rubber Group Co. Ltd di China yang berpengalaman lebih 55 tahun dalam industri.

Selain kualiti tayar, ia juga memenuhi pelbagai keperluan pengguna di Malaysia termasuk keadaan permukaan jalan dan cuaca tropika di sini dengan inovasi yang berterusan memberikan keselamatan dan ketahanan lebih baik.

Menurut Pengarah Urusannya, Tan Heong Thong semua produk tayar ini diimport sepenuhnya dari kilang pembuatan di Thailand dan China dengan Westlake yang juga sudah berada di pasaran Asia Tenggara lebih 20 tahun.

"Mereka juga mempunyai pusat kajian dan pembangunan di China dengan lebih 1,300 pekerja berpengalaman dalam mengeluarkan produk-produk baharu pada masa hadapan selain turut menjadi pembekal tayar untuk Land Rover, Volvo dan Suzuki di sana," katanya.

 

.

Image: 

Subang Jaya: Tayar jenama Westlake untuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial dan pertanian dilancarkan di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853