Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Semoga Ustaz Kazim lekas sembuh

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Ipoh: Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital swasta, di sini, hari ini.

Ustaz Kazim dikatakan mengadu sakit perut, muntah dan cirit birit.

Perkara itu disahkan abangnya, Datuk Mohd Najmudin Elias yang memaklumkan mengetahui perkara itu daripada isteri adiknya itu, kira-kira 9 pagi.

Mohd Najmudin berkata, Ustaz Kazim baru pulang dari menyampaikan ceramah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sebelum mengadu penat.

“Selepas berasa penat, Ustaz Kazim meminta pembantunya membawanya ke hospital swasta di Ipoh bagi mendapatkan rawatan.

“Saya difahamkan dia dimasukkan ke wad pada 10 pagi. Doktor menyuruhnya berpuasa untuk melakukan pemeriksaan endoskopi,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Najmudin berkata, Ustaz Kazim ketika ini memerlukan rehat secukupnya dan meminta orang ramai berdoa supaya segera sembuh.

Image: 

Ipoh: Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital swasta, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853