Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Saya syak dia ikut rakan...' [METROTV]

$
0
0
Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Sepanjang tiga hari dia hilang, saya berusaha mencarinya. Saya syak dia mengikut rakan yang baru dikenalinya dua minggu lalu,” kata Noor Shahril Yusmarizal, 39, bapa kepada kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Noor Ayrill Aqasha, 10.

Noor Shahril berkata, anak sulungnya itu berkenalan dengan remaja lelaki berusia 13 tahun di sekitar tempat tinggal mereka di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

“€œRemaja itu memberitahu dia tinggal di Jalan Jejaka 9 di sini, namun apabila saya pergi ke alamat berkenaan selepas Noor Ayrill Aqasha hilang, saya dapati remaja terbabit tidak tinggal di situ.

“€œKali terakhir saya berjumpa dengan remaja itu ialah pada minggu lalu di tempat kerja saya selepas dia meminta kebenaran untuk keluar bersama Noor Ayrill Aqasha”€ katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selepas memberi keterangan kepada polis, petang tadi.

Kehilangan Noor Ayrill Aqasha sejak 31 Oktober lalu viral di laman sosial Facebook (FB).

Noor Ayrill Aqasha disedari hilang selepas bapanya pulang daripada kerja pada malam kejadian dan mendapati anaknya tiada di bilik.

Image: 

Kuala Lumpur: "Sepanjang tiga hari dia hilang, saya berusaha mencarinya. Saya syak dia mengikut rakan yang baru dikenalinya dua minggu lalu,” kata Noor Shahril Yusmarizal, 39, bapa kepada kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Noor Ayrill Aqasha, 10.

Semoga Noor Ayrill ditemui selamat

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853