Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Komando' kastam hadapi tonto

$
0
0
Utama

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini mempunyai skuad elit khas bagi melaksanakan tugas dan operasi berbahaya termasuk menghadapi kumpulan 'tonto', kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata, pasukan tindakan cepat pegawai kastam yang mendapat latihan khas daripada Polis Diraja Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya 25 anggota di setiap negeri.

"Pasukan ini akan digunakan bagi serbuan berbahaya," katanya pada majlis mesra Ketua Pengarah Kastam Bersama Media di Lapang Sasar Avtec di sini, hari ini.

Difahamkan skuad berkenaan sudah mula terbabit dalam operasi JKDM kebelakangan ini terutamanya dalam misi mematahkan penyeludupan pelbagai komoditi.

Awal bulan ini, seorang pegawai Kastam, Anisah Ali, 54, meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya dirempuh tonto ketika mengejar sebuah lagi kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup dalam operasi di Kelantan.

Mengenai pencapaian bahagian penguatkuasaan JKDM 2016, Khazali berkata, sehingga 15 Oktober lalu, pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan bernilai RM387.19 juta dengan duti atau cukai RM542.10 juta daripada 5,612 kes membabitkan rokok, dadah, kenderaan, minuman keras, mercun dan bunga api.

Image: 

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini mempunyai skuad elit khas bagi melaksanakan tugas dan operasi berbahaya termasuk menghadapi kumpulan 'tonto', kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853