Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM2.4 juta daripada beberapa individu dipercayai terbabit dalam kes rasuah membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, di sini, semalam.
Difahamkan, rampasan itu dilakukan sejurus selepas penahanan 19 kakitangan Jabatan Air Sabah di peringkat bahagian dan daerah bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, semua individu yang ditahan itu adalah jurutera dan ketua di peringkat bahagian serta daerah membabitkan 27 lokasi di seluruh Sabah.
"Semua individu itu dipercayai melakukan kutipan 27 hingga 30 peratus daripada nilai setiap projek yang diberikan kepada kontraktor.
"Selain itu, SPRM turut merampas pelbagai dokumen perolehan dalam usaha mengumpul bukti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya.