Kuala Terengganu: Seramai 62 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SMKASAM) cirit birit akibat keracunan makanan pagi tadi.
Mereka yang terdiri 26 pelajar lelaki dan 36 perempuan yang tinggal di asrama SMKASAM itu dipercayai mengalami keracunan selepas menjamah hidangan lewat malam iaitu sandwich telur yang disediakan kantin asrama berkenaan.
Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Husin berkata, kejadian itu disedari selepas beberapa pelajar mengadu sakit perut.
"Semua mereka sudah dibawa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 9 pagi tadi untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang.
"Namun, enam pelajar iaitu dua lelaki dan empat perempuan masih dirawat di bilik persediaan rawatan sakit luar hospital berkenaan," katanya.

Kuala Terengganu: Seramai 62 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SMKASAM) cirit birit akibat keracunan makanan pagi tadi.
_1476859426_field_image_listing_featured.var_1476861796.jpg)
_1476859426_field_image_listing_th.var_1476861794.jpg)
_1476859426_field_image_th.var_1476861797.jpg)
_1476859426_field_image_variasi.var_1476861798.jpg)