Bukit Mertajam: Seramai 72 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah keracunan makanan 9 malam tadi.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Sukumar Mahesan berkata, 41 lelaki dan 31 perempuan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah.
Beliau berkata, 70 pelajar dirawat sebagai pesakit luar dan dua pelajar perempuan dimasukkan ke wad kerana demam.
Katanya, keadaan dua pelajar yangbsitahan di wad adalah stabil dan sedang menerima rawatan.
Sukumar berkata, punca keracunan masih disiasat pihaknya.

Bukit Mertajam: Seramai 72 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah keracunan makanan 9 malam tadi.



