Kangar: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat dibadai ribut dan ombak kuat ketika keluar menangkap udang di persisir pantai Kampung Padang Keria, Sanglang, di sini, 2.45 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa, Abdul Shakir Abd rahman, 18, keluar menangkap udang dengan seorang rakannya pada jam 12.00 tengah malam tadi sebelum bot mereka karam kira-kira 1.6 kilometer dari pantai.
Mangsa tidak sempat diselamatkan walaupun terdapat sebuah lagi bot yang turut menangkap udang berada tidak jauh daripada lokasi kejadian yang tidak sempat menghampirinya akibat cuacaburuk malam tadi sebelum mangsa dipercayai dibawa arus ke tengah laut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar, Zaharul Amin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dari balai terbabit bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 15 minit kemudian.
"Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah memulakan operasi mencari dan menyelamat sejurus tiba di lokasi kejadian dengan diketuai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Bilik gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sementara sudah disiapkan sementara operasi mencari mangsa sedang diteruskan ketika ini," katanya ketika ditemui.

Kangar: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat dibadai ribut dan ombak kuat ketika keluar menangkap udang di persisir pantai Kampung Padang Keria, Sanglang, di sini, 2.45 pagi tadi.



