Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jom tengok bola luar stadium

$
0
0
Utama

helmy_rahman@hmetro.com.my

SKRIN besar di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Ini buat penyokong yang tidak mendapat tiket menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team dan Selangor.

EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, beliau dan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman akan turut sama menyaksikan perlawanan itu di luar stadium.

"Kerajaan negeri faham kekecewaan peminat yang tak dapat tiket tetapi perkara ini tidak dapat dielakkan kerana Stadium Sultan Ismail tidak dapat menampung jumlah terlalu ramai.

"Kerana itu, saya mengarahkan pihak UKOM (Unit Komunikasi Negeri Terengganu) memasang skrin besar di luar stadium,” katanya.

Sementara itu, tiada jualan tiket tambahan untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, tiket memang sudah habis dijual.

Menurutnya, 9,000 daripada 10,000 tiket yang diperuntukan dijual di kaunter stadium pagi ini.

Katanya, 1,000 tiket sudah diperuntukan kepada penyokong pasukan Selangor.

"Pagi ini, kita hadkan jualan tiga tiket untuk seorang dan tiket memang sudah habis serta tidak ada jualan tambahan," katanya.

Image: 

SKRIN besar di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853