Butterworth: "Masuk mahkamah sampai berapa tahun, kini baru buka balik (kes), lantik peguam, 25 Mac 2015 tertuduh ditangkap, tiba-tiba keputusan dapat macam ini.
"Memang Azri tak puas hati sebab Azri dan cacat. Saya maafkan dia, namun terkilan kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya.”
Itu keluhan mangsa simbah asid Azri Abdullah,48, selepas tertuduh, Azwan Abdullah, 34 yang juga adiknya dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atasnya di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, pagi ini.
Azri berkata, tertuduh adik kesayangannya dan dia sudah lama memaafkan adik bongsunya itu.
Bagaimanapun, katanya, dia mahukan pembelaan sewajarnya selepas buta kedua-dua mata dan cacat kekal akibat kejadian enam tahun lalu itu.
Hakim, Julie Lack Abdullah, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada keputusan di akhir kes pendakwaan.
Tertuduh didakwa pada 25 Mac 2015 mengikit Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa.
Dalam kejadian 22 Disember 2009, Azri buta kedua-dua mata serta parah di muka,tangan dan badan akibat disimbah cecair dipercayai asid oleh tertuduh.
Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa datang ke rumah emaknya di Tasek Gelugor, dekat sini, kira-kira 3 petang, untuk mengambil geran motosikal milik arwah ayahnya untuk diperbaharui.
Mangsa memanggil adik dan ibunya yang berada di dalam rumah, namun tidak dilayan.
Ketika mengintai di celah dinding, mangsa tiba-tiba disimbah cecair dipercayai asid mengakibatkannya parah dan koma tiga hari.
Butterworth: "Masuk mahkamah sampai berapa tahun, kini baru buka balik (kes), lantik peguam, 25 Mac 2015 tertuduh ditangkap, tiba-tiba keputusan dapat macam ini.