saiful.hisyam@mediaprima.com.my
Petaling Jaya: "Saya beratur kerana ibu saya sudah lama inginkan telefon baharu.
"Jadi saya buat keputusan untuk beratur sejak semalam bagi menjadi yang terawal mendapatkan iPhone 7 untuk ibu," kata Imaan Nissa Sahrin berusia 15 tahun.
Imaan yang turut ditemani abangnya, Aiyman Wafeeq Sahrin, 16, menjadi pelanggan kesembilan di dalam barisan yang ingin mendapatkan iPhone 7 di Celcom Blue Cube Sunway, di sini, hari ini.
Sementara itu, Zaheed Shah, 22, bekerja sebagai jurujual, mula beratur sejak kelmarin dan menjadi pelanggan pertama yang mendapatkan iPhone 7.
"Berdasarkan pengalaman rakan saya yang pernah beratur tahun lalu, Celcom banyak menawarkan ganjaran untuk pelanggan terawal dan tak mahu lepaskan peluang ini," katanya, di sini.
Menurutnya, dia bersama rakannya, Redzuan Nizam, 27, tiba selepas Subuh dan diikuti pelanggan yang ketiga, Henry Chai yang tiba pada waktu petang hari yang sama.
Celcom setiap tahun membuat kejutan kepada pelanggan mereka dengan pelbagai ganjaran terutama ketika perlancaran produk keluaran Apple.
Tujuh pelanggan pertama dapat iPhone dengan harga RM7 di Celcom Blue Cube Sunway, di sini, hari ini.
Petaling Jaya: "Saya beratur kerana ibu saya sudah lama inginkan telefon baharu.