• Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.
• Pengurus TNB Kota Bharu didakwa atas 13 pertuduhan pengubahan wang haram dan memperoleh rasuah RM125,200, tiga tahun lalu.
• Polis sahkan tiada bom ditemui di SMK Bakar Arang selepas diperiksa Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan.
• Penganggur, Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, yang dilaporkan menetak ibunya sehingga mati akibat pengaruh dadah didakwa.
• 20 ahli Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia buat bantahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Perhimpunan Bersih 5.
• Lembaga Tabung Haji serah zakat perniagaan RM4.13 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
• Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia Kelantan patahkan cubaan seludup masuk mercun dan bunga api RM20,000.
• 40 pusat pemindahan banjir akan dibuka di kawasan pesisir pantai yang dijangka terjejas kelak.
• Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.