Ipoh: Penduduk di Taman Cempaka gempar apabila sebuah teksi merempuh kedai makan di Jalan Regat Cempaka, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, teksi berkenaan yang diletakkan di tepi kedai makan itu dirempuh sebuah Proton Wira yang hilang kawalan akibat berlanggar dengan sebuah Proton Saga sehingga menyebabkan kenderaan itu berempuh kedai makan berhampiran lokasi kejadian.
Pemilik kedai itu, Mak Woh Kin berkata, dia masih belum memulakan operasi perniagaan ketika kejadian.
Woh Kin, 71, berkata, dia yang ketika itu berada di belakang kedai terus menutup semua tong gas masakan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
"Mujur tiada siapa yang tercedera dalam insiden ini, cuma beberapa peralatan kedai rosak akibat dilanggar teksi itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ipoh: Penduduk di Taman Cempaka gempar apabila sebuah teksi merempuh kedai makan di Jalan Regat Cempaka, di sini, pagi tadi.