Petaling Jaya: Suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, 5 Oktober lalu, ditahan di rumah di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.
Suspek berusia 17 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek sebelum ini diburu polis kerana terbabit dalam kes rompakan bersenjata di daerah itu.
"Hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek di rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong.
"Suspek diserahkan kepada IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan suspek bersejantakan parang merompak dua wanita sebelum terserempak dengan polis, namun melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan yang dinaiki.
Video kejadian berkenaan tersebar di laman sosial.
Berita berkaitan:
Petaling Jaya: Suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, 5 Oktober lalu, ditahan di rumah di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.