Rawang: Sepasukan anggota bomba berjaya memujuk seterusnya menyelamatkan lelaki berusia 30-an yang cuba terjun dari bumbung rumah di Jalan BBK 1/19, Bandar Baru Kundang, Rawang, 7 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 6.46 pagi berhubung kejadian itu.
"Empat anggota bomba bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki berada di atas bumbung rumah teres dua tingkat berkenaan mengancam untuk terjun.
"Pihak kami cuba bersembang dengan lelaki itu dan selepas 20 minit dia berjaya dipujuk dan dibawa turun," katanya.
Menurutnya, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Rawang: Sepasukan anggota bomba berjaya memujuk seterusnya menyelamatkan lelaki berusia 30-an yang cuba terjun dari bumbung rumah di Jalan BBK 1/19, Bandar Baru Kundang, Rawang, 7 pagi tadi.