Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Untukmu ayah...

$
0
0
Utama

 

am@hmetro.com.my

Kuala Nerang: Hasrat seorang pelajar untuk menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) selepas terpaksa ponteng sekolah lebih sebulan kerana menjaga bapanya yang lumpuh tercapai apabila dia diberi peluang menjawab peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap, hari ini.

Anak kedua daripada empat beradik di Kampung Padang Cenerai, Nurul Fatin Aina Badrul Hisham,15,  menggalas tanggungjawab itu bersama abang dan adiknya berikutan bapanya Badrul Hisham Tajudin,43, terlantar akibat serangan angin ahmar Ogos lalu.

LMenurut Nurul Fatin Aina, dia sangat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim kerana menguruskan pertukaran sekolahnya dengan segera sehingga membolehkan dia dan adiknya Nurul Farawahida,14, belajar di sekolah itu mulai hari ini.

"Sebelum ke sekolah hari ini, saya dan adik bangun seawal jam 5 pagi untuk masak dan beri bapa saya makan, selepas itu kami mandikan ayah dan barulah saya dan adik bersiap untuk ke sekolah.

"Peralatan alat tulis untuk menjawab PT3 saya sudah sediakan sejak semalam, saya hanya membuat persiapan secara sederhana dan mengulangkaji pelajaran setakat yang mampu namun saya tetap berharap dapat menjawab soalan dengan baik,"katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Selepas ibu bapanya bercerai, Nurul Fatin Aina dan Nurul Farawahida tinggal bersama ibunya dan masing-masing belajar di SMK Taman Ria Sungai Petani.

Abang sulung mereka Muhammad Azrul Fakhrullah, 16, dan adik bongsu Muhammad Syakir Zulfayri, 11, dibesarkan oleh bapa mereka.

Muhammad Azrul terpaksa berhenti sekolah sejak berusia 13 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah tidak menentu sekitar RM20 hingga RM30 sehari manakala Muhammad Syakir pula belajar dalam tahun lima di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai.

Nurul Fatin Aina berkata, dia dan adiknya, Nurul Farahwahida kebetulan pulang ke rumah bapanya untuk melihat keadaannya dan sebaik pulang mendapati bapanya hanya terbaring atas tilam dengan dijaga abang serta adik bongsunya dalam keadaan tidak terurus.

"Disebabkan itu, saya dan Farahwahida mengambil keputusan menjaga ayah kerana kasihan melihat keadaannya walaupun kami terpaksa ponteng sekolah.

"Semalam sepatutnya bapa saya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan susulan tapi kami tidak ada kenderaan untuk bawanya ke sana, tiub untuk makan pun dah tercabut dan kami terpaksa suap makanan terus ke mulut,"katanya.

Sementara itu, Badrol Hisham berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk menjemput Nurul Fatin Aina dan Nurul Farawahida dan menghantar mereka ke sekolah hari ini bagi memberi semangat kepada mereka mengharungi PT3 dan bersekolah di tempat baru.

Katanya, sebagai ADUN kawasan itu, beliau memantau keperluan keluarga itu.

"Pihak saya juga akan memastikan Badrul Hisham dapat dihantar dan mendapat rawatan di HSB selepas ini.

 "Saya harap bapa mereka akan pulih seperti sedia kala selepas ini dan dapat bekerja semula demi kelangsungan hidup keluarga ini,"katanya kepada pemberita selepas menghantar Nurul Fati Aina dan Nurul Farawahida ke SMK Padang Terap.

 

Image: 

Kuala Nerang: Hasrat seorang pelajar untuk menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) selepas terpaksa ponteng sekolah lebih sebulan kerana menjaga bapanya yang lumpuh tercapai apabila dia diberi peluang menjawab peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853