Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiada tangan bukan halangan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Kesusahan dialami seorang lelaki orang kurang (OKU) tiada kedua-dua tangan dan tulang bengkok yang tinggal bersama ibunya yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar mendapat perhatian pelbagai pihak.

Malah akibat kesempitan hidup itu juga bekalan air tertunggak sebanyak RM600 sejak tiga bulan lalu nyaris dipotong Syarikat Air Darul Aman (SADA) semalam sebelum penderitaan mereka mendapat perhatian pelbagai pihak yang kemudian menghulurkan bantuan.

Hasnor Hafidy Sazali, 25, mengalami kecacatan sejak lahir sementara ibunya Hasnah Ibrahim,58, lumpuh separuh badan kanan selepas diserang angin ahmar Julai lalu.

Walaupun kekurangan dari segi fizikal namun Hafidy menggunakan kakinya untuk melakukan rutin harian seperti makan, minum dan mandi.

Dia juga mengisi masa lapang dengan bermain kereta mainan menggunakan kakinya.

Malah adik Hafidy, Hasnor Affandy,23, juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga kedua-dua beranak itu sejak tiga bulan lalu.

Affandy berkata, sebelum dia yang bekerja dengan Telekom Malaysia memasang kabel terpaksa berhenti Julai lalu selepas ibunya jatuh sakit.

"Sejak itu bekalan air tertunggak kerana kami tidak mampu membayarnya tambahan kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan seorang lagi abang (Hasnor Hafizy,26) yang berkerja kilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Seroja, Amanjaya, di sini, hari ini.

Atas keprihatinan itu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sayang Sungai Petani tampil menghulurkan bantuan dan akan membeli kerusi roda kepada wanita terbabit.

Sementara bil air yang tertunggak sudah dijelaskan Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani.

Shahanim turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan yang diserahkan wakilnya bagi meringankan beban keluarga itu.

Image: 

Sungai Petani: Kesusahan dialami seorang lelaki orang kurang (OKU) tiada kedua-dua tangan dan tulang bengkok yang tinggal bersama ibunya yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar mendapat perhatian pelbagai pihak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853