Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bukan Harian Metro

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Harian Metro menafikan mengeluarkan laporan palsu mengenai kematian pemain bola sepak Safee Sali di akaun Facebook (FB) menggunakan nama Harian Metro News.

Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar berkata, apa yang dilakukan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

"Laman FB rasmi Harian Metro ialah Harian Metro dan bukannya, Harian Metro News manakala laman web kami ialah www.hmetro.com.my dan bukannya www.harianmetro.com.my.

"Pemalsuan mana-mana akaun menggunakan nama Harian Metro ini amat dikesali.

"Saya berharap agar orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana laporan daripada laman web atau FB yang diragui dan sentiasa merujuk laman rasmi kami," katanya.

Laman rasmi Harian Metro ialah www.hmetro.com.my, laman FB menerusi nama Harian Metro, aplikasi HM Mobile, Twitter hmetromy dan Instagram hmetromy.

Semakan di laman FB palsu itu mendapati semua berita palsu mengenai Safee Sali dan berita lain sudah pun dibuang petang tadi.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi kecewa dengan berita palsu itu.

"Saya kecewa kerana perkara (berita kematian palsu) ini tidak sepatutnya berlaku dan saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya

Safee berkata, masih sihat dan terkejut mendapat mesej daripada rakannya kira kira 4 petang hari ini mengenai penyebaran berita berkenaan kerana membabitkan kematian.

"Saya harap mereka (yang membuat berita palsu) tidak melakukannya lagi dan terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan saya," katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Harian Metro menafikan mengeluarkan laporan palsu mengenai kematian pemain bola sepak Safee Sali di akaun Facebook (FB) menggunakan nama Harian Metro News.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853