Seremban: Selepas lapan jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), budak perempuan berusia lapan tahun yang terbabit kemalangan bersama ibunya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Dania Nur Fatihah Rizal, 8, meninggal dunia pada 5 pagi akibat parah di kepala selepas motosikal ditunggang ibunya kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, 9.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ibunya, Norazalia Suliman, 36,cedera dan masih dirawat di hospital sama.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Tasik Jaya.
"Siasatan mendapati, motosikal ditunggang Norazalia dipercayai mengubah laluan secara tiba-tiba sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu Mohamad Hafizie Mazlan, 22.
"Rempuhan itu mengakibatkan dua beranak terbabit tercampak dan mangsa parah dibawa ke HTJ.
"Ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.