Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

36 motosikal dan kereta disita

$
0
0
Mutakhir

 

 

 

 

Kota Kinabalu: Sebanyak 36 motosikal dan kereta disita dan 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk di Jalan Kepayan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6.30 pagi itu, turut menahan lima penunggang motosikal kerana dikesan mempunyai waran tangkap.

"Sebanyak 47 kenderaan diperiksa secara teliti dan pemeriksaan lanjut 35 motosikal dan sebuah kereta disita. Polis turut mengeluarkan 61 saman terhadap pengguna jalan raya kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan.

"Lima penunggang yang mempunyai waran tangkap kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh pembicaraan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki turut ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had yang ditetapkan.

 

Image: 

Kota Kinabalu: Sebanyak 36 motosikal dan kereta disita dan 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk di Jalan Kepayan, di sini, awal pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853