Langkawi: Empat belas individu tampil membuat laporan polis terhadap Jeff Ooi berikutan kenyataannya yang menghina pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP itu juga digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham dalam tempoh terdekat.
Jurucakap kumpulan itu, Ridzwan Abdul Rahman berkata, status Tweeter milik Jeff Ooi yang memuat naik kenyataan 'Adios Haron Din. Let there be peace', jelas merujuk kepada pemergian Mursyidul Am PAS itu.
"Perbuatan Jeff Ooi itu adalah satu penghinaan kepada Allahyarham, sekali gus mengguris hati seluruh penganut agama Islam yang boleh menggugat keamanan dan toleransi kaum di negara ini.
"Kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan itu dan sudah membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat kes ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, semalam.
Ridzwan berkata, biarpun Ahli Parlimen DAP itu dilaporkan mendakwa laman Twitter miliknya digodam oleh seseorang namun pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan.
Pada masa sama, kumpulan individu terbabit turut membuat laporan polis terhadap Maria Chin Abdullah, Pengerusi penganjur BERSIH 5.0, yang disifatkan mereka sebagai cubaan merancang menghancurkan ekonomi dan ketenteraman awam.
Langkawi: Empat belas individu tampil membuat laporan polis terhadap Jeff Ooi berikutan kenyataannya yang menghina pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din.