Gemas: Jenazah dua beranak dan empat sepupu yang terbunuh di KM7 Jalan Gemas-Tampin, dekat simpang FELDA Pasir Besar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Kelamah, di sini.
Jenazah enam mangsa itu dikebumikan dalam dua liang lahad dengan dihadiri dua ratus ahli keluarga dan penduduk selepas disolatkan di masjid kampung berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi, Proton Wira yang dinaiki lima sepupu dan seorang jiran mereka dari Gemas ke Tampin dipercayai hilang kawalan dan terbabas.
Kereta mereka itu kemudian dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Kenari dan Toyota Avanza yang datang dari arah Tampin.
Kejadian itu meragut nyawa pemandu Perodua Kenari, Rosilah Maamor, 40, dan anak tunggalnya, Fawwaz Ahmad Syahraizan, 9.
Empat sepupu yang juga pemandu dan penumpang Proton Wira turut maut adalah Muhammad Hazreen Saadon, 22, Mohamad Haizal Muhamad Radzi, 20; Muhamad Rizuwan Abdullah, 19 dan Muhammad Mu'az Muhamad, 13.
Mereka yang parah pula adalah Mohd Naimullah Che Roselee, 13 Muhammad Aiman Abdullah, 14, manakala pemandu Toyota Avanza, Ahmad Syahraizan Omarudin, 40, cedera.
Gemas: Jenazah dua beranak dan empat sepupu yang terbunuh di KM7 Jalan Gemas-Tampin, dekat simpang FELDA Pasir Besar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Kelamah, di sini.