Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Remaja maut, tiga lagi cedera

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Seorang remaja maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.5, Jalan Bandar Penawar - Punggai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, Nor Rasyiqah Rumainor, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Bandar Penawar itu membabitkan Proton Preve dan Honda Accord.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Accord dipandu S Jevaanandhan, 24, cuba memotong Proton Preve dinaiki Nor Rasyiqah.

“Bagaimanapun apabila gagal memotong, kenderaan itu menghimpit ke sebelah kanan belakang kereta dinaiki Nor Rasyiqah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kenderaan dinaiki Nor Rasyiqah kemudian jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter," katanya.

Menurut Rahmat, akibat kemalangan itu, Nor Rasyiqah yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan itu, Mohd Hanif Buniran, 26, dipercayai teman lelakinya, tidak cedera.

Katanya, Jevaanandhan pula cedera parah manakala penumpang keretanya, R Satialila, 24, serta K Mogana, 20, cedera dan mereka dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan.

Image: 

Kota Tinggi: Seorang remaja maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.5, Jalan Bandar Penawar - Punggai di sini, petang tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853