Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Daish rancang serang Ambang Merdeka

$
0
0
Utama

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Tiga ahli militan Daish yang merancang untuk melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka 2016 ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga suspek berusia 20an ditahan di Kuala Lumpur,Selangor dan Pahang pada 27 hingga 29 Ogos lalu.

Menurutnya, tiga lelaki rakyat tempatan itu adalah daripada sel yang sama dan menerima arahan daripada ahli militan Daish rakyat Malaysia, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi yang kini berada di Syria.

"Mereka diarahkan untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur, kuil di Batu Caves dan mana-mana balai polis atau anggota polis dengan menggunakan bom tangan atau senjata api.

"Turut dirampas bom tangan K75, pistol CZ 2075 RAMI dan 24 butir peluru 9mm. Semua barangan itu dihantar oleh Wanndy kepada suspek melalui orang perantaraan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Image: 

Kuala Lumpur : Tiga ahli militan Daish yang merancang untuk melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka 2016 ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853