Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

100 rumah dipukul ribut

Utama

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Kemeriahan sambutan Aidilfitri penduduk beberapa kawasan sekitar bandaraya Ipoh hari ini dilanda ribut yang mengakibatkan lebih 100 rumah rosak teruk selepas bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, antara kawasan yang terjejas adalah Bercham, Tanjung Rambutan dan Klebang, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P Samasuvam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ribut itu pada 6.08 petang dan pihaknya menghantar tiga jentera dari Balai Bomba Ipoh dengan satu jentera dari Meru membabitkan kira-kira 40 pegawai dan anggota.

"Maklumat awal yang diterima, lebih 100 kediaman terjejas di beberapa kawasan terbabit yang kebanyakannya disebabkan bumbung tercabut ditiup angin kencang dan ditimpa pokok serta bumbung yang diterbangkan angin.

"Terdapat juga laporan membabitkan sebuah kereta ditimpa pokok dan seorang mangsa ada di dalamnya, namun mangsa berjaya dikeluarkan orang ramai dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, turut terjejas teruk adalah Masjid Al Muttaqin yang bumbung bahagian solat utama diterbangkan angin selain ditimpa beberapa bumbung rumah berhampiran.

Pengerusi Masjid, Datuk Masari Abd Rashid berkata, kejadian berlaku tidal berapa lama selepas solat Asar selesai dan ketika ribut terjadi tiada jemaah di masjid.

"Kerosakan yang dialami membabitkan bumbung ruang solat utama dan bebrapa barang di dalam masjid terutama permaidani yang kena air hujan selepas bumbung diterbangkan.

"Buat masa ini ruang utama solat tidak boleh digunakan, dan solat Maghrib serta Isyak hari ini diadakan di ruang kiri dan kanan masjid," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, nilai kerosakan dialami masih belum dianggarkan dan pihaknya akan membuat laporan kepada pihak-pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Images: 

19ribut

Image: 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
GN4id: 
9380161
Lead: 

Ipoh: Kemeriahan sambutan Aidilfitri penduduk beberapa kawasan sekitar bandaraya Ipoh hari ini dilanda ribut yang mengakibatkan lebih 100 rumah rosak teruk selepas bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang lewat petang tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image (Thumbnail): 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image (Slider): 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image (Variasi): 
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853