Georgetown: Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan 3.20 petang sejurus tiba dari Taiwan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Namewee akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, 9 pagi esok.
"Kita akan memohon reman Namewee bagi membantu siasatan kes video klip yang didakwa menghina agama," katanya.
Sebelum ini, Namewee dikatakan merakam video berdurasi lebih empat minit bertajuk 'Oh My God' dimana klip video berkenaan dirakamkan sekitar kawasan termasuk tokong Cina, masjid serta beberapa lokasi tarikan pelancong.
Dalam klip video berkenaan terdapat empat lelaki berpakaian mengikut agama termasuk paderi, sami Buddha dan orang Islam yang lengkap berpakaian jubah dan berserban di mana lagu dinyanyikan berentak Rap itu turut dirakamkan di dalam kawasan Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah, di sini.
Terdapat beberapa aksi yang dipercayai berunsur penghinaan dimana perkataan Allah disebut beberapa kali dalam lirik lagu termasuk menyentuh gelas minuman, memakai jubah dan serban sambil bermain judi serta menyanyi dan menari di dalam Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Berita berkaitan:
Georgetown: Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.