Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Super Dan' belum pasti bersara

$
0
0
Arena

am@hmetro.com.my

Rio de Janeiro: Lin Dan menangkis khabar angin mengatakan dia akan bersara kerana pulang tangan kosong.

Lin Dan tewas pada saingan slot pingat gangsa di tangan pemain muda Denmark, Viktor Axelsen, 21-15, 10-21, 17-21.

“Tapi, rasanya lawan saya itu agak bernasib baik pada perlawanan penentuan. Ada beberapa permainan di jaring yang saya tak begitu baik,” katanya.

“Saya juga agak begitu penat selepas perlawanan semalam,” kata Lin Dan kepada wartawan merujuk kepada pertemuan separuh akhir menentang Datuk Lee Chong Wei.

Rio dikatakan akan menjadi pentas terakhir buatnya dan dijangka bersara apabila Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dia bakal 36 ketika itu.

Tapi, Lin Dan yang diberi jolokan `Super Dan’ mengatakan dia tidak fikir sangat bab bersara.

“Selepas ini, saya nak rehat sekejap kemudian barulah buat keputusan,” katanya.

Image: 

Rio de Janeiro: Lin Dan menangkis khabar angin mengatakan dia akan bersara kerana pulang tangan kosong.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853