Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Chong Wei mara empat terakhir

$
0
0
Utama

esme@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Rio selepas mengenepikan Chou Tien Chen pada saingan suku akhir perseorangan lelaki, hari ini.

Pilihan pertama itu menang mengatasi pemain Taiwan itu dengan 21-9, 21-15 dalam saingan di Stadium Riocentro di Rio de Janeiro.

Chong Wei berkata:”Saya berasa seperti bermain di Malaysia. Saya harap dapat beri persembahan terbaik dan sentiasa mengharapkan sokongan penyokong,” katanya sejurus selepas perlawanan itu.

Chong Wei menganggap prestasinya hari ini baik.

“Saya pernah menentang Tien Chen banyak kali sebelum ini dan saya prepare (buat persiapan terbaik) menghadapinya. Saya fokus kepada perlawanan dan fokus untuk mengutip mata demi mata,” katanya.

Chong Wei menanti pemenang perlawanan antara Lin Dan (China) atau K Srikanth dari India.

Beliau dalam misi memburu pingat emas pertamanya pada Sukan Olimpik selepas meraih pingat perak pada Olimpik Beijing dan London.

Image: 

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Rio selepas mengenepikan Chou Tien Chen pada saingan suku akhir perseorangan lelaki, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853