Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bergaduh sampai dalam kedai

$
0
0
Mutakhir

fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sekumpulan lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan di kedai serbaneka di pusat bandar Pontian, Johor, 4.40 pagi, hari ini.

Kejadian menyebabkan lelaki berusia 31 tahun cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata siasatan mendapati pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan suspek di perhentian bas sebelum berlarutan hingga ke kedai berkenaan.

Beliau berkata, pergaduhan menyebabkan kerosakan peralatan dan barangan dalam kedai berkenaan.

"Polis mengenalpasti suspek dan kini sedang diburu selepas menerima laporan dibuat pekerja kedai berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua duanya sekali," katanya.

Image: 

Johor Bahru: Sekumpulan lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan di kedai serbaneka di pusat bandar Pontian, Johor, 4.40 pagi, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853