Arena
Rio de Janeiro: Beregu utama wanita negara,Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal muncul juara kumpulan.
Mereka tewas 19-21, 19-21 dalam 53 minit di tangan Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii (Indonesia), malam tadi.
Vivian-Khe Wei, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014, sekadar di tangga kedua Kumpulan C di belakang beregu Indonesia itu selepas mencatat dua kemenangan daripada tiga perlawanan.
Pada suku akhir Isnin ini, mereka akan berdepan sama ada juara Kumpulan A, B atau D.
Undian suku akhir akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat kumpulan, awal pagi esok.
Image:

Rio de Janeiro: Beregu utama wanita negara,Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal muncul juara kumpulan.



