Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan kanak-kanak lelaki Noor Amila Edrus Norsham, 5, selepas dilaporkan hilang oleh bapanya sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, menurut bapa kanak-kanak itu anaknya kali terakhir dilihat di surau blok c kawasan c rumah panjang, Jinjang Utara di sini, pada 7.20 malam.
"Hingga hari ini kanak-kanak terbabit masih belum pulang atau ditemui.
"Bapa kanak-kanak itu memberitahu dia juga tidak mempunyi sebarang masalah dengan mana-mana pihak dan tidak ada hutang dengan ah long," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Munusamy memberitahu, orang ramai yang ada melihat kanak-kanak berkenaan atau menjumpainya boleh menghantarnya ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan kanak-kanak lelaki Noor Amila Edrus Norsham, 5, selepas dilaporkan hilang oleh bapanya sejak semalam.



