Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

1,444 individu dicekup Ops Cantas 2

$
0
0
Utama

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk menganggotai kumpulan kongsi gelap sepanjang enam hari Op Cantas Khas 2 dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya melakukan 33,684 pemeriksaan terhadap individu dan 11,558 kenderaan di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada 1,444 individu yang ditahan, 115 daripadanya melakukan kesalahan mengikut Akta Pertubuhan, 179 melakukan kesalahan Kanun Keseksaan dan 149 lagi melakukan lain-lain kesalahan.

"Manakala 995 individu lagi ditahan untuk proses dokumentasi. Pemeriksaan juga mendapati 138 individu yang ditahan adalah orang yang dikehendaki.

"Op Cantas 2 ini akan diteruskan sehingga polis berpuas hati dengan keadaan semasa," katanya ketika sidang media di Bukit Aman di sini,hari ini.

Image: 

Kuala Lumpur: Polis menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk menganggotai kumpulan kongsi gelap sepanjang enam hari Op Cantas Khas 2 dilaksanakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853