Utama
Subang Jaya: Kanak-kanak perempuan yang ditemui orang awam di kawasan USJ2 di sini dilarikan dari tadika di Banting oleh seorang individu.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, polis berjaya menghubungi ibu kanak-kanak berusia 5 tahun terbabit petang tadi.
"Kes kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala langat untuk siasatan lanjut,"katanya.
Kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Alia itu ditemui orang awam di kawasan berkenaan 3 petang tadi sebelum diserahkan kepada polis untuk mengesan waris.
Image:

Subang Jaya: Kanak-kanak perempuan yang ditemui orang awam di kawasan USJ2 di sini dilarikan dari tadika di Banting oleh seorang individu.



