Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terkedu lihat bapa, kembar jadi mayat

$
0
0
Utama

Kuala Nerus: Seorang pegawai bomba bantuan di sini tidak menyangka mangsa kemalangan membabitkan lori dan Proton Saga FLX di Kampung Bukit Nanas dekat sini, yang cuba dibantunya awal pagi tadi, adalah bapa dan adik kembarnya sendiri.

Lebih memilukan bagi Azlan Mustapha, 32, kerana bapanya, Mustapha Abdullah, 56, dan adiknya, Azman, 32, sudah menjadi mayat.

Menurutnya, ketika mendapat tahu mengenai kemalangan itu, dia seperti biasa ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Namun ketika mahu melaporkan status kemalangan serta mangsa kepada pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat negeri, baru menyedari nahas itu membabitkan keluarganya sendiri,.

“Saya pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa dan menjalankan tugas seperti biasa, tambahan pula keadaan kereta berkenaan remuk teruk dan nombor pendaftaran juga tidak jelas.

“Namun saya kemudian sangat terkejut apabila melihat kad pengenalan mangsa kerana mereka adalah ahli keluarga, termasuk ayah dan adik kembar saya. Saya juga tergamam apabila melihat jenazah mereka," katanya.

Dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu kereta itu, Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, saudara kepada Mustapha.

Mereka dilapor dalam perjalanan pulang ke Kampung Seberang Takir apabila lori berkenaan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu Alif Faizal.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala pemandu lori ditahan bagi siasatan lanjut.

Image: 

Kuala Nerus: Seorang pegawai bomba bantuan di sini tidak menyangka mangsa kemalangan membabitkan lori dan Proton Saga FLX di Kampung Bukit Nanas dekat sini, yang cuba dibantunya awal pagi tadi, adalah bapa dan adik kembarnya sendiri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853