Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Permainan bermusim? [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aktiviti yang baik untuk kesihatan dan mengeratkan komunikasi antara kebaikan Pokemon Go dikemukakan peserta tinjauan online Harian Metro dengan lebih separuh menganggap ia permainan bermusim.

Berdasarkan tinjauan online yang dibuat sejak semalam, 54.4 peratus responden menganggap permainan yang sedang hangat ketika ini membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan manakala 52.9 peratus menganggap permainan itu tidak melekakan.

Namun, 58.8 peratus beranggapan ia permainan bermusim.

Seorang peserta tinjauan ini, Muhamad Nazrul berkata, Pokemon Go sesungguhnya menyihatkan.

"Saya pesakit athma kronik dapat memotivasikan diri utk melakukan pergerakan tanpa sedar. Yang kawal permainan adalah kita bukan apps,” katanya.

Muhamad Nazrul juga berkata, ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila sama-sama berkongsi pengalaman.

“Ia boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu serta dapat memajukan perniagaan seseorang jika digunakan dengan cara yang betul untuk mempromosikan perniagaannya," katanya.

Menurut pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq pula, permainan ini sekadar fantasi yang menarik minat rakyat Malaysia.

"Permainan ini lebih membawa kebaikan kerana ia adalah satu daripada permainan fantasi di Malaysia yang berjaya menarik minat netizen terhadap aplikasi ini,” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq terkilan dengan sikap negatif sesetengah individu.

"Saya sedih dengan sikap pentingkan diri dan tidak ambil peduli sesetengah individu menyebabkan permainan ini dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Biarpun permainan ini mendapat kritikan kerana membabitkan rumah ibadat, bagi pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Didy, ia sebenarnya ada hikmah.

"Pokemon Go ada kebaikan, menggalakkan orang keluar untuk bersenam. Kadangkala Pokestop ada di rumah ibadat, macam yang berlaku di tempat saya... remaja singgah di surau, bila Tok Imam sampai surau, ajak semua solat sekali," katanya.

Namun, ada juga yang berpandangan permainan ini melalaikan dan membuatkan kita lupa dengan tanggungjawab.

"Hanya fokus pada permainan hingga lupa tanggungjawab sebagai manusia," kata pembaca yang dikenali sebagai Hafiz.

Sementara Dalila Ali berkata, lebih baik jika tidak terjebak dengan permainan ini.

"Walaupun ia bergantung pada pandangan dan hak masing-masing untuk bermain, namun lebih elok jika kita tidak terjebak dalam kelalaian yang tidak membawa faedah ini," katanya.

Pembaca Mohd Yusree A Rashid pula berpendapat lebih banyak permainan boleh dimainkan dan kurang risiko berbanding Pokemon Go.

"Sudah banyak permainan yang dicipta masa kini seperti permainan video PS4, XBOX 360, PSP, Nintendo serta permainan yang boleh dimuat turun ke dalam laptop mahupun PC.

"Permainan seperti ini kurang risikonya berbanding Pokemon Go yang terang-terangan membahayakan pemain tanpa disedari.

"Walau bagaimanapun, masih ramai berdegil dan masih mahu terus bermain walaupun ada kematian membabitkan permainan ini di Amerika Syarikat," katanya.

Namun, lebih ramai responden berpendapat bahawa permainan ini tidak membahayakan pemain iaitu 52.9 peratus.

"Ia bergantung kepada tanggungjawab pengguna itu sendiri. Analogi saya, jika seseorang sukakan aktiviti berlari, ia tetap menjadi salah jika individu tersebut melakukannya di tengah jalan raya. Jadi pengguna atau pemain perlu lebih peka serta bijak memanfaatkan permainan ini ke arah kebaikan," kata Sabri Hakimi.

Didy yang mengakui ‘gamer’ menganggap isu bahaya tidak perlu ditimbulkan kerana semua permainan boleh menjadi bahaya.

"Mana-mana permainan di dunia pun membahayakan pemain. Macam saya seorang kaki 'game'... sebenarnya terpulang pada individu.. jangan sampai 'game' tu yang kawal kita," katanya.

Pembaca berpandangan bahawa pemain perlu lebih berwaspada supaya tidak menggugat keselamatan mereka atau orang lain.

"Kita mempunyai pilihan untuk menutup fungsi GPS kalau ia menjadi isu. Kita bukan hanya duduk di dalam rumah untuk bermain permainan ini. Kita perlu keluar rumah untuk bermain Pokemon Go.

"Asalkan kita jangan lupa tentang keselamatan dan tanggungjawab kita terhadap agama," kata Muhammad Nabil Azim Mohamad Zakiyudin.

Image: 

Kuala Lumpur: Aktiviti yang baik untuk kesihatan dan mengeratkan komunikasi antara kebaikan Pokemon Go dikemukakan peserta tinjauan online Harian Metro dengan lebih separuh menganggap ia permainan bermusim.

Pokemon Go, apa kata mereka?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853