Rio de Janeiro: Penerjun Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat pertama kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Rio menerusi pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, awal pagi tadi.
Pandelela-Jun Hoong mengumpul 344.34 mata selepas menamatkan lima terjunan, tewas 9.66 mata kepada gandingan pilihan dari China, Chen Ruolin-Liu Huixia yang meraih emas dengan 354.00 mata.
Pasangan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion merangkul pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.
Ia pingat kedua kontinjen Malaysia dalam acara terjun Sukan Olimpik selepas Pandelela merangkul gangsa acara 10m platform wanita di London empat tahun lalu.