Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

11 lagi kena denda

$
0
0
Utama

mohdhilmie@hmetro.com.my

Alor Gajah: Seramai 11 lagi pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan di KM222 Lebuhraya Utara Selatan Plus arah utara, 22 Mei lalu, didenda RM16,500 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, pagi tadi.

Hukuman denda RM1,500 bagi setiap pesalah trafik itu dijatuhi Majistret Nor Azizah Yusof selepas semua pesalah mengaku salah atas setiap pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan berasingan, 10 lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 62 tahun itu didakwa memandu kenderaan di lorong kecemasan di KM222 Lebuhraya Utara Selatan PLUS arah utara jam 5 petang, 22 Mei lalu.

Justeru, mereka didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2)Akta Pengangkutan Jalan 1959 yang memperuntukkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Pegawai Pendakwa JPJ Yusof Hassan memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebelum Nor Azizah memerintahkan seriao tertufuh membayar denda RM1,500 seriap seorang atau beedepan hukiman penjara satu atau dua bulan jika gagal jelaskan denda itu.

Prosiding hari ini adalah yang ketiga membabitkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan yang mendapat perhatian umjm 22 Mei lalu.

Hingga kini, 50 pesalah trafik sudah dijatuhi hukuman bagi kesalahan terbabit yang dipercayai menjadi punca menyebabkan bantuan kecemasan membabitkan kemalangan di KM228 berhampiran Hentian Sebelah Pedas Linggi tidak dapat tiba secepat mungkin hingga dua beradik penunggang dan pembonceng motosikal maut, masing-masing di tempat kejadian dan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Image: 

Alor Gajah: Seramai 11 lagi pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan di KM222 Lebuhraya Utara Selatan Plus arah utara, 22 Mei lalu, didenda RM16,500 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853