Kuala Selangor: Pihak berkuasa kini sedang menjejak lapan bom tangan yang dipercayai masih dimiliki militan Daish di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua daripada 10 bom berkenaan sudah digunakan dalam serangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, Jun lalu.
Menurutnya, Unit Anti Pengganas Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sedang berusaha menjejaki bom berkenaan sebelum sebarang insiden tidak diingini berlaku.
"Ada 10 bom tangan berada dalam tangan pengganas yang sedang kita jejaki, dua daripadanya sudah digunakan dalam di Movida (kelab malam di Puchong).
"Kita tidak tahu apa akan berlaku seterusnya namun kita ada pasukan ‘counter terrorism’ dan ATM yang melaksanakan tugas dengan baik untuk memastikan keselamatan," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan dari mana Daish mendapat bom tangan terbabit.
Kuala Selangor: Pihak berkuasa kini sedang menjejak lapan bom tangan yang dipercayai masih dimiliki militan Daish di negara ini.