Kuala Terengganu: Wanita warga emas maut ditetak cucu sendiri di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Mangsa, Halimah Taib, 78, ditemui dalam keadaan terlentang oleh jirannya kira-kira 9.30 pagi.
Difahamkan, penduduk kampung yang melihat kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Suspek dikatakan beredar meninggalkan tempat kejadian sambil membawa pisau yang dipercayai digunakan untuk menetak warga emas itu.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar yang ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian dan penahanan suspek.
7915zatul1
Kuala Terengganu: Wanita warga emas maut ditetak cucu sendiri di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu, pagi tadi.