Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tolak cadangan tanam ketum

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menolak cadangan RISDA untuk menanam pokok ketum di negara ini kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini dibuat setelah berbincang dan mendengar pandangan semua pihak termasuk kementerian, agensi berkenaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

"Kita tidak menerima cadangan daripada RISDA kerana sekiranya program ini berjalan ia akan memberi kesan sosial terutama kepada masyarakat dan isu ini perlu dihentikan serta merta.

"RISDA tidak akan terbabit dengan program penanaman daun ketum sebagai penambahan pendapatan pekebun kecil malah kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk membantu mereka menjana pendapatan sampingan,"katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, walaupun penanaman daun ketum ini mampu menjana keuntungan hampir RM23,000 sebulan tetapi pihaknya memilih untuk menolak permintaan RISDA selepas perbincangan dilakukan.

Sebelum ini, RISDA ingin memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan kebenaran menanam pokok ketum berikutan mendapat permintaan tinggi daripada syarikat farmasi di luar negara.

Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya akan merayu untuk mendapatkan kelulusan itu bagi tujuan eskport yang mendapat permintaan tinggi dari Amerika Syarikat dan Eropah kerana tanah di negara ini lebih sesuai bagi tanaman itu.

Image: 
Image: 

Putrajaya: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menolak cadangan RISDA untuk menanam pokok ketum di negara ini kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853