Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Patah rahang berebut kawan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang pelajar patah rahang kiri, cedera di tapak tangan kanan, cedera di hidung dan patah satu batang gigi bawah selepas mendakwa dibelasah seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah di sini.

M Saraswari, 42, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi pada 21 Julai lalu ketika hari kantin di sekolah terbabit apabila anaknya S Livandaran, 17, didatangi seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun itu yang dipercayai akibat berebut kawan.

"Anak saya memberitahu ditumbuk dan dibelasah hampir 15 minit di dalam sebuah kelas tingkatan dua dan kemudian menghubungi saya supaya datang ke sekolah.

"Saya sudah bertemu dengan guru disiplin sekolah itu dan menceritakan apa yang berlaku untuk mencari jalan penyelesaian, namun gagal,” katanya.

Berikutan itu dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan membawa anaknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor mengesahkan tulang rahang anak saya patah dan perlu menjalani pembedahan untuk pemasangan alat pada gigi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan mengesahkan kejadian itu dan waris juga sudah membuat laporan polis.

Menurutnya, kes itu masih dalam siasatan polis dan pihak sekolah juga sudah mengadakan Majlis Permuafakatan bersama waris-waris pelajar terbabit pada jam 9.30 malam 21 Julai lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Rohana Omar mengesahkan kejadian itu dan suspek berusia 15 tahun sudah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai mengambil keterangannya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Image: 

Alor Setar: Seorang pelajar patah rahang kiri, cedera di tapak tangan kanan, cedera di hidung dan patah satu batang gigi bawah selepas mendakwa dibelasah seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853