Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kantoi tipu projek RM442 juta

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan projek naik taraf jalan raya bernilai RM442 juta dengan mengaitkan Istana Negeri Terengganu didalangi seorang lelaki yang menyamar sebagai 'Datuk Paduka' bersama empat lagi lelaki lain.

Semua suspek berusia 30 hingga 60 tahun ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar bandar ini sejak 23 hingga 28 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan Koh Ah Tiam berkata, kegiatan itu terbongkar apabila mereka menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium menyebarkan tawaran projek kononnya bernilai RM442 juta berkenaan.

"Sindiket berkenaan turut meminta bayaran komitmen daripada syarikat kontraktor yang berminat berjumlah antara RM600,000 hingga RM1 juta.

"Siasatan awal mendapati projek yang disebarkan ini masih di peringkat cadangan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media di IPK Terengganu hari ini.

Koh berkata, suspek utama turut menunjukkan kad yang kononnya diperoleh dari Istana Terengganu dan menyamar dengan membawa gelaran Datuk Paduka bagi mendapatkan kepercayaan syarikat kontraktor.

Katanya, lima suspek direman selamat empat hari untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cuba menipu," katanya.

Image: 

Kuala Terengganu: Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan projek naik taraf jalan raya bernilai RM442 juta dengan mengaitkan Istana Negeri Terengganu didalangi seorang lelaki yang menyamar sebagai 'Datuk Paduka' bersama empat lagi lelaki lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853