Kuala Terengganu: Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Md Noor, 57, yang diserang angin ahmar dan terpaksa dirawat di Charing Cross Hospital, West London sejak 4 Julai lalu dijangka dapat dibawa pulang ke negara ini seawal-awalnya pada 1 Ogos ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak hospital sudah beri pelepasan untuk bawanya pulang tetapi ada beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
Menurutnya, pihak hospital menetapkan supaya ada doktor, jururawat dan peralatan sama yang diterima seperti berada di hospital sepanjang penerbangan membawanya balik nanti.
"Kita akan bincang dengan pihak penerbangan untuk tujuan itu dan buat masa ini MARA akan menampung kos rawatan dan membawanya pulang itu.
"MARA juga akan tanggung kos doktor, jururawat yang mengiringinya dan peralatan yang dibawa bersamanya," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Berita berkaitan: