Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Apalah faedah agaknya?

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Lebih 120 penunggang motosikal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram dalam operasi Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Empat pegawai dan 45 anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Daerah Barat Daya terbabit dalam operasi 2 hingga 6 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, operasi tertumpu di beberapa kawasan sekitar Bayan Baru dan Pantai Seagate.

Beliau berkata, 121 orang termasuk dua wanita berusia antara 14 hingga 20-an ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk turut dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram.

"Hasil pemeriksaan, 121 motosikal diperiksa dan 51 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk menyita 52 motosikal sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut," katanya di Balai Polis Bayan Baru, awal pagi ini.

Image: 

Bayan Lepas: Lebih 120 penunggang motosikal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram dalam operasi Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853