Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Penipu, nak duit aje

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Pengurusan Masjid Al Irfan Derga, di sini, dan Masjid Abu Bakar Assidiq Kampung Baru Bakar Arang, Sungai Petani mengesahkan viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp berkaitan seorang lelaki memeluk Islam sebanyak dua kali untuk menipu bagi memperoleh wang mudah.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al Irfan Derga Azizan Hashim berkata, lelaki tempatan terbabit datang ke masjid terbabit selepas Asar Isnin lalu kira-kira 5.12 petang bersama seorang lelaki mualaf.

Menurutnya, lelaki mualaf berusia 30-an itu kemudian memberitahu, rakannya yang hanya memakai baju t dan berseluar pendek mahu memeluk islam.

“€œKami yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju sebelum dia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Ustaz Abdul Hadi Awang.

“€œMalah kami turut mengadakan sedikit kutipan sumbangan wang tunai sekitar RM200 sebelum diserahkan kepadanya”€ katanya.

Menurut Azizan, bagaimanapun beberapa hari kemudian mereka terkejut apabila orang yang sama sekali lagi memeluk Islam di sebuah lagi masjid selepas gambar pengislaman itu menjadi viral.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Abu Bakar Assidiq Kampong Baru, Bakar Arang, Ridwan Omar pula mengesahkan individu terbabit adalah orang sama.

“€œDia datang ke masjid ini Rabu lalu sebelum memeluk Islam dan kami turut memberi sumbangan sebanyak RM400.

“Selepas itu saya berkongsi video pengislamannya dalam WhatsApp sebelum terkejut apabila mengetahui lelaki terbabit pernah ke masjid lain di Alor Setar untuk tujuan sama,”€ katanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) Syeikh Ahmad Faisol Omar ketika dihubungi memberitahu pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan.

tamat.

Image: 

Alor Setar: Pengurusan Masjid Al Irfan Derga, di sini, dan Masjid Abu Bakar Assidiq Kampung Baru Bakar Arang, Sungai Petani mengesahkan viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp berkaitan seorang lelaki memeluk Islam sebanyak dua kali untuk menipu bagi memperoleh wang mudah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853