Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bersihkan nama, kata Najib

$
0
0
Utama

ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan mahu individu yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil tanggungjawab membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat juga diminta tidak terlalu terbawa-bawa dengan isu ini dan melakukan urusan seperti biasa.

"Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenarannya dan kita serahkan perkara ini dijalankan mengikut proses keadilan yang sewajarnya.

"Itulah pendirian kerajaan dan kerajaan beri kerjasama yang sepenuhnya dalam hal ini," katanya ketika berucap pada Majlis PenyerahanSurat Tawaran Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 tajaan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kabinet dan Menteri Besar serta Ketua Menteri; Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abd Rahim, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

Seramai 1,100 imam dan Pengerusi Jawatakuasa Kemajuandan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari seluruh negara menerima tawaran menunaikan haji menerusi program berkenaan.

Seramai 4,611 peserta sudah terbabit dalam program yang bermula sejak 2011 itu.

Dalam pada itu, Najib berkata, usaha untuk memantapkan lagi kedudukan 1MDB akan terus dilaksanakan.

"Saya yakin dan percaya dalam masa terdekat 1MDB akan terus mantap dan kukuh lagi,"katanya.

Image: 

Putrajaya: Kerajaan mahu individu yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil tanggungjawab membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853