Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Nak cari lapan lagi

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Hutan Melintang: Empat belas mayat mangsa bot karam ditemui antara jam 7 hingga 11 pagi, hari ini, menjadikan jumlah korban tragedi itu kini kepada 43 orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dua daripada mayat mangsa sudah dibawa naik ke jeti Ladang Sungai Bernam, 10.15 pagi.

Menurutnya, dua daripada mayat yang sudah dibawa naik dikenal pasti seorang lelaki dan wanita berdasarkan pakaian serta bentuk tubuh mangsa.

"Kesemua mayat itu ditemui kira-kira 8 batu nautika dari lokasi kejadian. Jumlah mangsa yang sudah ditemui mati kini adalah 43.

“Keluasan kawasan pencarian masih sama iaitu 770 kilometer persegi dengan jumlah aset yang sama," katanya.

Penemuan terbatu itu menjadikan jumlah ditemui kini adalah 62 orang, termasuk 19 yang terselamat.

Difahamkan, usaha SAR kini untuk mencari baki antara lapan hingga 18 mangsa lagi.

Bot berkenaan dipercayai membawa antara 70 dan 80 penumpang ketika tragedi berkenaan berlaku, minggu lalu.

Images: 

lapanlagi

Image: 
GN4id: 
10216245
Lead: 

Hutan Melintang: Empat belas mayat mangsa bot karam ditemui antara jam 7 hingga 11 pagi, hari ini, menjadikan jumlah korban tragedi itu kini kepada 43 orang.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853